surat memohon POLIGAMI


Salam semua.. salam 1 Malaysia.. heheheh...
ok ini bukan entri ajar buat rasmi tapi contoh yang boleh di gunakan oleh kalian.
Pasti u ols dah pandai buat surat rasmi kan. tapi kali nie aku nak tunjukkan
satu contoh surat rasmi yang terbaik sesuai untuk di gunakan oleh lelaki/suami.
Mudah dan simple tapi penggunaan perkataan dan penyusunan ayatnye bagus sekali.
ok jom kita baca sama-sama...




biniku yang tersayang

17, Jalan Angkasa,
rumah tangga bahagia,
vila istana, malaysia

31/ oktober/2011

Puan yang gebu,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin
melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini
kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan,
eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu
kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Intan Baizura binti Mohd Haris
yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau
tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama
kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan isi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya
fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah
saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan
untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan
kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya
yang telah hilang selama ini.
4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia
menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup
kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti
sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar,
rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar,
kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya
dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini
kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang
dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan
iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya
akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah
waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku
Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu
saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima
kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini
kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini
bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan
senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas
kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk,
ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu
sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam
keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa
kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun
yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi
kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan
oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya
ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama
dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.


Sekian, Terima Kasih.


BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA


Yang Ikhlas Memohon,

Suami tersayang

1 comment: